Image Banner

SUKAN TAHUNAN KALI KE-21

Alhamdulillah, Setelah 2 tahun,sukan tahunan dapat dijalankan dengan jayanya..

Sekalung tahniah kepada Guru Dan Ahli Rumah Ibn Rusyd yang menjadi JUARA RUMAH SUKAN pada kali ini.

Antara acara-acara yang telah dijalankan selain perbarisan adalah Kejohanan Merentas Desa, Kejohanan Futsal dan Bola Jaring, Sukaneka, Tarik Tali dan Acara Balapan.

Tahniah juga kepada semua ajk pelaksana, anak-anak srii ar-razi meru dan ibubapa yang bertungkus lumus menjayakan acara tahunan ini
Terima kasih juga kepada semua jemputan yang hadir untuk raikan bersama..

Maaf atas segala kekurangan

Jumpa lagi tahun hadapan....InsyaAllah

LAGI

PENANGGUHAN HI-TEA BERSAMA DATO SERI DR. HJ ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Assalamualaikum…Berikutan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020, maka program Hi-Tea bersama Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dijadualkan pada 4 April 2020 terpaksa ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Pihak sekolah memohon maaf atas kesulitan dan tindakan ini harus dilakukan dalam menyahut seruan kerajaan demi kesejahteraan bersama. Sama-sama kita berdoa agar keadaan negara kita bertambah baik dan sebaran wabak Covid-19 ini dapat dibendung.

Terima kasih atas perhatian yang diberikan.

LAGI

SABAK BERNAM TAEKWONDO 16 CHAMPIONSHIP

Assalamualaikum wbt. Pada 15 Oktober 2016 yang lalu,seramai 10 orang ahli Kelab Taekwondo SIRRAZI telah menyertai Sabak Bernam Taekwondo ’16 Championship. Pertandingan yang bertempat di Politeknik Sultan Idris Shah itu telah membuahkan hasil yang begitu membanggakan apabila membawa pulang 4 pingat gangsa. Dibawah pimpinan Ustaz Mohd Syafiq bin Zuraimi selaku guru kelab, pertandingan ini merupakan kali pertama disertai oleh Ar-Razi dan berikut merupakan keputusan pertandingan tersebut:

Pattern :-
Alif Daniel : Tempat ke-3, bawah 9 tahun tali putih
Alif Aiman : Tempat ke-3, bawah 12 tahun tali biru dan merah

Sparring :-
Ibral : Tempat ke-3, bawah 12 tahun
Hazmi Fahim : Tempat ke-3, bawah 9 tahun

LAGI

Image News

Image Banner